Slurp! tawar cara mudah bisnes makanan untuk berbuka puasa

Posted on Jun 15, 2015 by Reza Razali

Menjelang bulan ramadhan, ramai peniaga berminat untuk memasarkan makanan-makanan untuk berbuka puasa bukan sahaja di gerai di bazar ramadhan ataupun di restoran, namun berniaga makanan secara online juga menjadi pilihan. Bagi yang berniaga secara kecil-kecilan dengan bajet yang terhad, menjual secara online mungkin menjadi tarikan.

Berniaga secara online ada cabaran-cabarannya tersendiri. Salah-satu cabaran yang perlukan perhatian ialah tentang hal-hal pengurusan pesanan-pesanan makanan dari pelanggan, demi menjamin perjalanan perniagaan yang licin. Untuk itu, peniaga-peniaga makanan online perlulah bijak dalam urusan-urusan seperti menyediakan menu juadah dan mengamalkan kaedah baik menguruskan pesanan-pesanan yang dibuat pelanggan.

Sebagai syarikat teknologi, kami di Silentmode telah memikirkan cara efisien untuk peniaga-peniaga makanan mengatasi cabaran menguruskan persanan pelanggan ini. Kami telah berjaya membangunkan aplikasi Slurp! Cook yang disediakan untuk kegunaan peniaga-peniaga dan ia beroperasi untuk telefon pintar berasaskan Android.

Tiga kegunaan utama Slurp! Cook ialah:

  1. Buka kedai makanan online Slurp! secara mudah
  2. Uruskan pengambilan pesanan pelanggan secara cekap
  3. Analisa status jualan sepanjang masa

Ya! Semua ini boleh dilakukan melalui hanya sebuah telefon pintar (berasaskan Android). Kedai-kedai jualan makan pula akan muncul di satu lagi aplikasi dari kami, iaitu, Slurp! Slurp! inilah yang digunakan oleh pelanggan-pelanggan untuk memesan makanan kegemaran mereka. Sesiapa pelanggan yang mempunyai aplikasi Slurp! dalam telefon pintar mereka boleh melayari bahagian Delivery untuk memesan makanan.

Langkah-langkah mudah menjual makanan melalui Slurp!

Slurp! Cook Slurp! Cook Slurp! Cook

Tutorial menggunakan Slurp! Cook disediakan. Untuk setiap pesanan yang masuk, penjual yang menggunakan Slurp! Cook akan menerima notifikasi ini untuk tindakan selanjutnya.

Slurp! Cook

Senangkan? Slurp! Cook memudahkan pengendailan pesanan makanan. Sila hubungi kami di hello@getslurp.com


If you’re interested to use Slurp! at your restaurants, simply fill out the form below and we will contact you as soon as possible.